AKTRES bermulut lantang Kangana Ranaut tampil bersuara berhubung isu mesej Whatsapp pembaca berita, Arnab Goswami yang tular dalam media sosial.
Menerusi mesej yang mempunyai 500 muka surat berkenaan, lelaki itu mendakwa Kangana menghidap gangguan mental Schizophrenia.
Lebih memburukkan keadaan, Arnab turut mendakwa aktres itu obses terhadap bekas teman lelakinya yang juga aktor terkenal, Hrithik Roshan.
Memetik laporan The Quint, Kangana dilaporkan membalas ciapan seorang pengguna Twitter yang menuduhnya menimbulkan kacau-bilau apabila bersuara tentang kontroversi siri Tandav.
“Awak mahu gosip lagi? Kenapa Hrithik berkata begitu begini, kenapa hubungan kami keruh, bagaimana Arnab menjadi kawan saya selepas dia berkawan dengan Hrithik dan lain-lain?” soalnya.
Tambah aktres filem Queen itu lagi, gosip tidak berasas sebegitu telah menghancurkan suasana dalam negaranya.
Dalam pada itu, Kangana turut menasihatkan pengguna Twitter berhenti membaca e-mel dan mesej yang dibocorkan dalam media sosial seperti berita yang mengaitkan dirinya baru-baru ini.