fbpx

Jamuan selepas solat Maghrib, JHEAINS beri teguran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian ahli kariah yang berkumpul di Surau Matahari Heights, Seremban semalam.

SEREMBAN – Beberapa ahli kariah Surau Matahari Height di sini diberikan teguran oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini berikutan, kumpulan itu dikatakan mengadakan jamuan selepas selesai solat Maghrib malam semalam.

Jurucakap JHEAINS berkata, pemantauan anggota penguat kuasa mendapati beberapa orang berkumpul di surau berkenaan antara solat Maghrib dan Isyak.

“Perkara itu (mengadakan jamuan) melanggar garis panduan yang ditetapkan oleh JHEAINS sepanjang pelaksanaan PKP ini.

“Sehubungan itu, mereka telah diberikan nasihat dan teguran selain diminta hadir ke pejabat JHEAINS dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut jurucakap itu, kesemua mereka bagaimanapun tidak dikenakan kompaun sebaliknya hanya direkodkan nama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI