fbpx

ENOi ucap selamat tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENOI

SEJAK kebelakangan ini, semakin kerap pembubaran kumpulan K-pop berlaku meskipun jangka hayat mereka dalam industri masih dikatakan hijau.

Terkini, kumpulan ENOi dibubarkan selepas hanya setahun sembilan bulan bertahan dalam industri sejak April 2019.

Perkara berkenaan diumumkan agensi Kithewhale Entertainment dengan memberitahu bahawa kontrak eksklusif bersama kumpulan itu sudah ditamatkan.

“Selepas perbincangan teliti, kami bersetuju menamatkan kontrak tiga anggota ENOi iaitu Avin, Jinwoo dan J-Kid pada 31 Januari ini.

“Sementara empat lagi anggota iaitu Laon, Dojin, Hamin dan Gun memilih untuk kekal bersama syarikat. Kami akan menyokong karier solo mereka selepas ini,” ujarnya.

Agensi tersebut menyokong keputusan Avin, Jinwoo dan J-Kid meninggalkan kumpulan itu dan akan tetap menyokong karier solo mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI