fbpx

Dewan Perwakilan serah kertas pemecatan Trump kepada Senat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) secara rasmi menyerahkan kertas pemecatan kepada Senat semalam yang mengandungi tuduhan terhadap Donald Trump kerana menghasut pencerobohan ke atas bangunan Capitol.

Penyerahan itu mencetuskan perbicaraan pemecatan kali pertama terhadap seorang bekas Presiden AS.

Dalam prosedur tersebut, beberapa wakil Dewan Perwakilan berjalan penuh takzim dan menyerahkan dokumen tersebut kepada Setiausaha Senat.  Penyokong Trump menyerbu dan menawan seketika banguan Capitol atau Parlimen AS pada 6 Januari lalu.

Perbicaraan di Dewan Senat berhubung isu tersebut dijadualkan pada 8 Februari ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI