fbpx

Cadang beri kupon peranti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahril.

PETALING JAYA – Kerajaan boleh mempertimbangkan cadangan pemberian kupon bernilai antara RM500 hingga RM1,000 membeli peranti bagi memudahkan anak-anak mereka mengikuti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, kupon itu juga diharap dapat membantu ibu dan penjaga daripada golongan B40 dan M40 membayar bil internet.

“Kerajaan boleh belanja dengan menyediakan kupon subsidi hanya untuk pembelian komputer riba misalnya RM1,000 untuk B40 dan RM500 untuk M40.

“Jika ia digunakan secara menyeluruh pun, jumlah belanja adalah RM3 bilion. Tak sampai satu peratus Belanjawan 2021. Baik kupon fizikal mahupun e-wallet, kedua-duanya boleh dipertimbang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berharap kerajaan tidak akan meletakkan syarat ketat dan rumit bagi permohonan kupon berkenaan bagi memastikan matlamat asal program berkenaan dapat dicapai.

Shahril mencadangkan supaya ibu bapa dan penjaga diberi kelonggaran untuk menentukan jenis peranti yang ingin dibeli.

“Tambahan lagi, kupon atau baucar untuk menambah kitaran belanja dalam ekonomi, insya-Allah tidak ada masalah,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI