fbpx

Anonymous Malaysia kembali hantui sistem kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sekumpulan aktivitis penggodam laman sesawang dikenali Anonymous Malaysia kembali muncul menghantui laman web dan aset dalam talian selepas lima tahun berdiam diri.

Kemunculan kembali kumpulan itu dibuktikan menerusi satu video yang dikongsikan di laman sosial Facebook Anonymous Malaysia semalam.

Menerusi mesej di video berdurasi 2.29 minit itu, kumpulan tersebut berjanji untuk mengadakan serangan siber terhadap laman web kerajaan dan aset atas talian dikenali sebagai #OpsWakeUp21.

Katanya, amaran itu sebagai satu kejutan kepada kerajaan Malaysia yang didakwa berdiam diri atas pelanggaran data dan penjualan maklumat peribadi warganegara.

Setakat ini, video itu telah dikongsi lebih 1,000 pengguna selain mendapat hampir 300 reaksi balas di ruangan komen. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI