fbpx

Anggota Askar Wataniah bantu Ops Penawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azmurin (kanan) dan Syed Naser (kiri) mendengar penerangan tentang penugasan SJR semasa tinjauan di SJR Tapah hari ini.

TAPAH – Seramai enam pegawai dan 70 anggota Rejimen 503 Askar Wataniah (Rej 503 AW) di bawah perintah Briged Kedua Infantri membantu pihak berkuasa dalam Ops Penawar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini.

Penugasan mereka ini merupakan kesinambungan arahan yang telah diputuskan oleh kerajaan untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melaksanakan bantuan dan kerjasama kepada pihak polis bagi menguatkuasakan pelaksanaan PKP.

Panglima 2 Briged, Brigadier Jeneral Mohd. Azmurin Mat Khalib berkata, pasukan AW tersebut ditugaskan untuk membantu pihak polis dalam penugasan sekatan jalan raya (SJR) di kawasan-kawasan yang telah ditetapkan.

Menurut beliau, sebanyak 15 lokasi SJR di Perak di mana lima daripadanya melibatkan penugasan anggota sukarela yang secara tidak langsung mendedahkan mereka dengan penugasan di lapangan bersama anggota tentera tetap.

“Penugasan anggota sukarela Rej 503 AW ini merupakan Latihan Kerahan Untuk Berkhidmat (LKUB) apabila mereka dipanggil bertugas sepenuh masa mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Penugasan SJR di barisan hadapan negara juga merupakan salah satu tugasan yang disebut sebagai operasi ketenteraan selain daripada peperangan,” katanya semasa melawat ke SJR Tol Tapah serta perjumpaan bersama anggota yang terlibat dalam Ops Penawar.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI