fbpx

Aliff Haiqal pasang impian wakili Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIFF HAIQAL mahu berusaha keras untuk menarik perhatian Cheng Hoe agar turut terpilih mewakili skuad Harimau Malaya pada masa depan.

PEMAIN muda Selangor, Aliff Haiqal Lokman Hakim berharap peluang diserapkan ke dalam pasukan utama Gergasi Merah dapat dijadikan sebagai batu loncatan untuk meraih panggilan skuad Harimau Malaya buat kali pertama pada masa depan.

Sebagai rekod, Aliff Haiqal dilihat sebagai salah seorang pemain paling menyerlah bersama pasukan feeder, Sela­ngor 2 pada Liga Premier musim lalu sehingga berjaya dinaikkan pangkat menyertai pasukan utama tahun ini.

Kata Aliff, peluang yang diraih tidak mudah untuk dicapai tetapi pada masa sama enggan mensia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh barisan kejurulatihan dan pihak pengurusan.

“Saya rasa teruja dan bersyukur kerana diberi peluang untuk bermain bersama skuad utama Selangor pada musim ini. Secara jujur, menjadi impian setiap pemain muda tempatan beraksi pada saingan Liga Super.

“Matlamat utama saya adalah untuk beraksi dengan baik dalam setiap perlawanan dan berharap Selangor dapat memenangi kejuaraan serta dapat kembali beraksi di pentas Asia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, pemain berusia 21 tahun ini turut berazam untuk bekerja keras pada saingan musim ini dalam usaha menarik perhatian ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe.

“Jika saya dapat buktikan keupayaan bersama pasukan Selangor, mungkin peluang saya untuk mewakili skuad Harimau Malaya boleh menjadi kenya­taan.

“Namun, saya sedar perlu pamerkan aksi konsisten terlebih dahulu sebelum layak untuk dipanggil,” kata Aliff Haiqal yang beraksi di posisi tengah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI