fbpx

12 kes keganasan rumah tangga di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Sebanyak 12 kes keganasan rumah tangga dilaporkan berlaku di negeri ini sejak awal tahun lalu membabitkan pasangan berusia 25 tahun dan ke atas.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Zaiton Ismail berkata, kebanyakan kes itu bagaimanapun ditarik semula oleh mangsa atas faktor kasihan terhadap pasangan yang dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut beliau, antara faktor kes itu berlaku adalah disebabkan penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mendorong ramai mengalami tekanan.

“Kebanyakan mangsa yang membuat laporan akan menarik balik (laporan) mereka kerana kasihan, tidak rela berpisah dan memikirkan anak-anak serta survival mereka.

“Ramai dalam kalangan mangsa berusia 25 tahun dan ke atas. Ada juga kes yang melibatkan mangsa berusia lebih 50 tahun,” katanya selepas meninjau pusat pengedaran makanan bagi gelandangan di Dataran Tun Sri Lanang, Jalan Ibrahim di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor, Mohamad Hapil.

Ksemua kes itu disiasat mengikut Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, khidmat nasihat serta kaunseling yang diberikan bertujuan menyelamatkan perkahwinan mereka daripada bercerai hingga mendatangkan kesan kepada pasangan dan anak-anak.

“JKM akan membantu dan terus menyantuni mereka ini bagi menyelesaikan masalah tidak ada makanan dengan kadar segera,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI