fbpx

10,000 peluang kerjaya menerusi Selangor Kerjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Sebanyak 10,000 peluang pekerjaan bersesuaian dengan kemahiran tenaga kerja akan ditawarkan dalam tempoh tiga tahun menerusi program Selangor Kerjaya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program itu tersebut melibatkan pengurusan bakat dan tenaga kerja untuk menangani isu penawaran pekerjaan pasca wabak Covid-19.

Katanya, tenaga kerja yang berjaya akan melalui program latihan dalam talian yang ditetapkan bersama dengan pihak majikan selama setahun bagi mengasah bakat dan kemahiran.

“Mereka juga akan menjalani proses mentoring dan ini merupakan situasi menang-menang (win-win situation) untuk semua pihak iaitu tenaga kerja, majikan dan kerajaan negeri dalam menangani isu pengangguran dan penawaran pekerjaan.

“Sasaran bagi tahun 2021 adalah menyediakan 2,000 peluang pekerjaan yang akan diisi oleh graduan lepasan Institut Pengajian Tinggi, pelajar lepasan sekolah menengah termasuk latihan vokasional dan tenaga kerja yang telah diberhentikan,” katanya ketika mengumumkan program tersebut hari ini.

Amirudin berkata, perkhidmatan Selangor Kerjaya ini adalah secara percuma dan ditanggung sepenuhnya kerajaan negeri dengan peruntukan sebanyak RM58 juta untuk membuka peluang pekerjaan di negeri ini bagi warganya.

Ujar beliau, sebuah laman sesawang Selangor Kerjaya iaitu www.selangorkerjaya.com.my telah dibangunkan bagi melancarkan proses pelaksanaan inisiatif tersebut.

“Pendaftaran dibuka kepada tenaga kerja dan juga pihak majikan yang berminat untuk mendapat tenaga kerja yang menepati permintaan penawaran pekerjaan terbabit.

“Di samping itu, dapat memanfaatkan program latihan yang disediakan untuk membantu tenaga kerja yang terpilih untuk terus membina kemahiran mereka,” jelasnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI