fbpx

Zulkifli arah Yadim segera bantu pasangan warga emas di Ketereh, Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli

PUTRAJAYA – Kisah pasangan suami isteri warga emas yang hidup daif di Kampung Talang, Kadok, Ketereh, Kelantan mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Prihatin nasib menimpa pasangan itu, Zulkifli kemudian segera mengarahkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) untuk bertemu pasangan warga emas itu.

“Sebentar tadi saya di ‘tag’ di Twitter mengenai kisah pasangan tukang urut orang kelainan upaya (OKU) penglihatan ini.

“Saya telah minta Yadim sampaikan bantuan segera,” katanya menerusi perkongsian di laman sosialnya, sebentar tadi.

Katanya, beliau juga akan meneliti bentuk bantuan lain yang sesuai untuk pasangan berkenaan dengan kerjasama pihak berkuasa agama negeri.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan nasib dialami Fatimah Salleh, 58, yang terpaksa membawa suaminya, Wan Mohamed Jaafar, 78, yang juga OKU penglihatan untuk mencari rezeki.

Fatimah dikatakan terpaksa mengiringi suaminya yang juga tukang urut berjalan sejauh 20 kilometer (km) bagi mencari pelanggan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI