fbpx

Wheesung bersalah guna propofol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WHEESUNG

PENYANYI Wheesung bakal dijatuhi hukuman selepas didapati mengambil suntikan ubat bius propofol secara terlarang.

Pada Ogos tahun lalu, dia didakwa di mahkamah atas kes penyalahgunaan ubat terlarang sebelum itu. Pada 19 Januari lalu, penyanyi itu tampil menjalani proses perbicaraan pertama di Mahkamah Daegu.

Menerusi perbicaraan tersebut, seorang kenalannya yang turut didakwa atas kesalahan sama mengaku semua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Sebelum ini dia berdepan tuduhan menggunakan bahan berkenaan secara terlarang dengan mendapatkan suntikan di beberapa klinik pada 2011 dan 2013. Bagaimanapun, pada waktu itu, kes tersebut ditutup kerana tiada dakwaan.

Paling terkini, dia ditemukan tidak sedarkan diri sebanyak dua kali selepas didakwa menyuntik ubat anestetik etomidate tahun lalu.

Tarikh hukuman Wheesung akan ditentukan pada 9 Mac depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI