fbpx

West Ham potong harga Rice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICE kembali menjadi buruan kelab gergasi England selepas West Ham memotong nilai perpindahannya. – AFP

LONDON – Liverpool dilaporkan menyertai persaingan untuk mendapatkan pemain te­ngah West Ham United, Declan Rice selepas nilai perpindahannya dikurangkan seba­nyak £30 juta (RM165.94 juta) berban­ding harga asal.

Rice tidak mengambil masa yang lama untuk dianggap sebagai pemain tonggak pasukan itu selepas disenaraikan di dalam skuad utama dari akademi apabila mempamerkan aksi yang cukup memberangsangkan.

Musim panas lalu menyaksikan namanya kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Stamford Bridge ketika Chelsea sangat berminat untuk menda­patkan khidmatnya selain Manchester United turut memantau perkembangannya.

Bagaimanapun, Rice dikatakan lebih berminat untuk menyertai The Blues tetapi kekal di West Ham juga tidak memberikannya masalah.

Perkembangan terbaharu yang menyaksikan nilai perpindahannya lebih murah ber­banding tanda harga £80 juta (RM442.52 juta) ketika dikaitkan dengan Chelsea menyebabkan Liverpool juga turut menyatakan minat.

Namun, penurunan harga tersebut tidak diketahui puncanya tetapi telah membuka peluang lebih banyak kepada pasukan untuk bersaing mendapatkan khidmatnya.

Rice memiliki kemampuan sebagai pemain tengah yang mampu membantu barisan pertahanan dan telah menarik perhatian Liverpool biarpun pemain berusia 22 tahun ini masih memiliki kontrak bersama kelab London itu sehingga 2024. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI