fbpx

UMNO terbuka perbezaan pendapat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – UMNO mengamalkan keterbukaan dalam berbeza pandangan, tetapi jangan sampai keterbukaan itu merosakkan parti.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, kebebasan bercakap tidak bermaksud berkata apa sahaja sehingga memberi kesan negatif kepada parti.

“Pastikan. Apa saja yang dilakukan menguntung dan memberikan kebaikan pada UMNO dan juga Barisan Nasional (BN),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shamsul Anuar yang juga Pengarah Komunikasi BN berkata, semua pemimpin, ahli dan penyokong UMNO serta BN ingin UMNO dan BN kembali gagah sebagaimana dulu.

Bagaimanapun, kata beliau, semua pemimpin dan ahli mesti bersepakat, menjaga perpaduan dan fokus kepada kerja-kerja memperkukuh parti.

“Letakkan kepentingan parti sebagai keutamaan. Berikan tumpuan membela dan menjaga kepentingan rakyat.

“Dekatkan parti dan diri kita sebagai pemimpin dengan rakyat. Bila kita dekati rakyat. Rakyat rapat dengan kita. Ini mesti dilakukan disemua peringkat,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI