fbpx

Tutup stesen minyak awal untuk kegiatan seludup petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Azizi (kanan) bersama dua anggota KPDNHEP menunjukkan sebahagian tong plastik berisi petrol yang dirampas dalam serbuan di sebuah stesen minyak semalam.

TANAH MERAH – Penutupan operasi sebuah stesen minyak di Kampung Kerilla Estet di sini yang diawalkan 30 minit membongkar kepada kegiatan pemiliknya yang menjadi dalang dalam melakukan penyeludupan minyak petrol yang dijalankan di situ.

Maklumat itu diperoleh selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan menjalankan risikan sebelum menyerbu stesen minyak itu semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Tanah Merah, Ahmad Azizi Abdul Kadir berkata, dalam serbuan pada pukul 8 malam itu, pihaknya dapat menahan seorang suspek manakala seorang lagi sempat melarikan diri.

Menurutnya, anggota KPDNHEP melakukan serbuan selepas membuat risikan awal di stesen minyak itu yang sepatutnya beroperasi sehingga pukul 8 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati, stesen minyak itu sengaja tutup lebih awal iaitu kira-kira pukul 7.30 malam untuk melakukan aktiviti penyeludupan.

“Seramai enam anggota KPDNHEP yang membuat pemerhatian di kawasan tersebut telah mendapati sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dan sebuah van dalam keadaan mencurigakan telah masuk ke stesen minyak itu.

“Anggota-anggota KPDNHEP telah menyerbu stesen minyak itu dan menahan seorang lelaki berusia 29 tahun sedang mengisi minyak ke dalam lapan buah tong plastik. Menyedari kehadiran pihak berkuasa, seorang lagi suspek bertindak melarikan diri,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat KPDNHEP Tanah Merah.

Menurut Ahmad Azizi, hasil pemeriksaan terhadap dua buah ke kenderaan itu yang berada di stesen minyak itu membawa kepada 80 buah tong plastik.

Katanya, siasatan mendapati, suspek sudah mengisi minyak petrol di dalam lapan buah tong yang bersamaan dengan 195 liter minyak untuk diseludup ke negara jiran.

“Nilai keseluruhan rampasan minyak petrol termasuk dua buah kenderaan itu dianggarkan bernilai lebih RM8,370.

“Siasatan juga mendapati, stesen minyak itu baru sahaja menjalankan kegiatan menyeludup minyak petrol. Minyak petrol juga dipercayai akan diseludup melalui laluan ke sempadan negara jiran di daerah ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Peraturan 12A, Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang memperuntukkan hukuman denda RM 1 juta atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI