fbpx

Sudah berpuluh kali saya pakai seluar itu – Fahrin Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tular sekeping foto (kiri) yang didakwa menampakkan bahagian alat sulitnya.

PETALING JAYA – Bersiaran secara langsung dalam program televisyen, banyak perkara yang tidak terjangka boleh terjadi dan kini giliran pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad pula menjadi buah mulut netizen.

Baru-baru ini, tular dalam media sosial untaian foto termasuk video dirinya sedang mengacarakan program Wanita Hari Ini (WHI). Apa yang menarik perhatian ramai apabila gurauan nakal netizen hangat bercakap tentang bentuk alat sulitnya yang terjojol ketika rancangan tersebut bersiaran.

Menjawab tentang isu tersebut kepada Kosmo! Online sebentar tadi, Fahrin, 41, tidak mahu menghiraukan isu yang sengaja dibangkitkan netizen. Baginya, biarlah orang terus bercakap kerana lambat-laun nanti, jika sudah penat, mereka akan berhenti daripada terus bercakap perkara sedemikian.

“Rasanya, benda begini baik dibiarkan sahaja. Lagi pun, lagi diulas, lagi orang korek nanti. Takut daripada sekelompok sahaja yang tahu, makin ramai nak ambil tahu nanti.

“Itu bukan kegagalan pakaian (malfunction). Sudah berpuluh kali saya pakai seluar itu,” kata pelakon filem Pilot Cafe itu.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu berpendapat bahawa media sosial boleh menjadi tempat yang penuh dengan orang toksik.

“Banyak kali sudah saya kena. Ini bukan kali pertama. Barangkali juga, golongan selebriti tidak boleh terlepas daripada kecaman dan tohmahan.

“Ramai orang tiada kerja waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Jadi, mereka ada banyak masa untuk buat perkara yang tidak berfaedah contohnya menularkan foto saya,” ujarnya.

Terdahulu, sekeping foto tangkap layar tular apabila seorang pengguna sosial media berseloroh dengan bertanyakan ‘mana nak cari bantal rama-rama ni?’ sedangkan individu tersebut memberi maksud tersirat tentang bentuk alat sulit pengacara itu yang jelas kelihatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI