fbpx

Salehuddin sebagai Pegawai Kewangan Negeri Johor yang Baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan watikah perlantikan Pegawai Kewangan Negeri Johor kepada Salehuddin di Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini. Foto ROYAL PRESS OFFICE

JOHOR BAHRU – Bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Datuk Salehuddin Hassan hari ini dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Johor yang baharu.

Salehuddin menggantikan Datuk Abdul Rahim Nin yang bersara selepas lebih tiga tahun berkhidmat dalam jawatan itu.

Majlis angkat sumpah dan pengurniaan watikah pelantikan telah disempurnakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad; Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli; dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.

Salehuddin, 57, berkelulusan dalam bidang pengurusan perniagaan serta perbankan, dan telah memulakan perkhidmatan sebagai Penolong Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah Segamat pada tahun 1992.

Selain daripada Datuk Bandar MBIP, beliau turut pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) di Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPEN) dan Ketua Pegawai Eksekutif YPJ Holdings.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI