fbpx

Rapper Iron ditemui mati berlumuran darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI rap Iron.

PETALING JAYA – Dalam masa beberapa jam selepas berita mengejut tentang pelakon Song Yoo-jung yang dipercayai akibat bunuh diri, dunia hiburan K-pop kejutan berganda dengan laporan kejadian sama terhadap seorang lagi artis.

Terkini, penyanyi rap terkenal, Iron pula ditemui mati dalam keadaan tragis di luar pangsapurinya di daerah Jung, Seoul hari ini.

Memetik laporan Dispatch, polis memaklumkan Iron ditemui mati dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh pengawal keselamatan di kawasan kediamannya.

“Kami menerima panggilan telefon daripada pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan yang memberitahu dia menemui Iron dalam keadaan terbaring.

“Iron kemudiannya dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada dia mati membunuh diri ataupun tidak. Siasatan punca kematian akan dijalankan,” kata Balai Polis Jungbu Seoul.

Mayat Iron atau nama sebenarnya Jung Hun-cheol yang merupakan naib juara rancangan Show Me The Money 3 ditemui pada pukul 10.25 pagi tadi.

Sebelum ini, Iron pernah disiasat pihak polis selepas didakwa melakukan serangan fizikal terhadap individu bawah umur yang merupakan rakan sebiliknya dengan menggunakan kayu besbol pada Disember tahun lalu.

Malah penyanyi lagu Back to Back itu juga pernah didakwa atas tuduhan penggunaan dadah jenis ganja pada 2016 selain kes menyerang bekas kekasihnya pada 2018. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI