fbpx

Periuk nasi elektrik ‘lejen’ BTS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN BTS

DARI atas rambut hingga ke hujung kaki, apa sahaja yang dilakukan oleh kumpulan BTS tidak pernah sekali pun gagal menangkap perhatian peminat.

Hal ini termasuklah perihal apa sahaja aktiviti yang dilakukan mereka sepanjang bergelar artis.

Baru-baru ini, peminat teruja selepas menyedari kumpulan popular itu masih menggunakan periuk nasi elektirk yang sama selama tujuh tahun sejak awal debut mereka dalam industri.

Peralatan memasak berkenaan disedari peminat ketika BTS muncul dalam program Run BTS dan memasak bersama Cef Baek Jong-won.

Ramai peminat memuji BTS kerana menjalani kehidupan dalam keadaan bersederhana dengan masih menggunakan periuk nasi lama meskipun sekarang sudah mencapai tahap populariti luar biasa.

“Mereka mampu beli periuk nasi yang lebih bagus tetapi BTS kekal merendah diri menggunakan yang lama,” tulis seorang peminat.

“Mungkin mereka enggan beli yang baharu kerana periuk nasi tersebut ada banyak memori,” kata seorang peminat lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI