fbpx

Pengorbanan pesakit kanser jaga ibu uzur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razman (kanan) ketika melawat Salmiah (tengah) di kediaman Norlia di Kampung Parit Haji Aman di Bagan Serai baru-baru ini.

BAGAN SERAI – Kasih ibu membawa ke syurga.

Itu yang dilakukan seorang peniaga kecil yang tabah menjaga ibu kandungnya yang sedang uzur di Kampung Parit Haji Aman di sini sekalipun dirinya turut menderita akibat menghidap penyakit kanser hidung.

Norlia Hassan, 48, berkata, ibunya, Salmiah Bakar, 82, memerlukan penjagaan rapi kerana tidak lagi boleh berjalan dan bergerak sendiri sejak setahun lalu selepas terjatuh di rumah.

“Kesihatan ibu merosot sejak lima tahun lalu dan selepas terjatuh, keadaannya semakin teruk apabila tidak mampu bergerak sendiri.

“Saya pernah ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memohon bantuan kewangan sara hidup sebanyak dua kali, namun permohonan tersebut ditolak,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Katanya, pegawai JKM ketika itu memberitahu dia yang be­kerja sebagai peniaga mampu menanggung ibunya.

“Mungkin JKM menilai berdasarkan status saya sebagai seorang peniaga, namun mereka tidak tahu betapa sukarnya untuk berniaga sekarang.

“Hakikatnya saya sendiri terpaksa memohon pembiayaan kewangan daripada Baitulmal untuk rawatan susulan kanser hidung yang dihadapi, malah pendapatan sebagai peniaga makanan hanyalah sekitar RM80 sehari,” katanya.

Norlia berharap agar pihak JKM mempertimbangkan permohonannya untuk mendapatkan bantuan kewangan saraan hidup secara bulanan kepada ibunya.

Katanya, apa yang amat diperlukan sekarang adalah katil perubatan dan lampin pakai buang untuk kegunaan ibunya.

Sementara itu, kisah Norlia mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria.

“Saya mendengar keluhan keluarga ini setelah dimaklumkan oleh masyarakat setempat dan akan cuba membantu sebaik mungkin,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI