fbpx

Pengawal keselamatan positif Covid-19, Ikea Cheras ditutup hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Beberapa kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan pengawal keselamatan di Ikea Cheras.

Ikea Malaysia memaklumkan, cawangan itu akan ditutup hari ini untuk proses sanitasi dan pengesanan kontak sebagai langkah berjaga-jaga.

Kes-kes itu dikesan menerusi ujian swab berjadual namun tidak mendedahkan jumlah sebenar kes positif.

“Hari terakhir mereka bekerja pada 23 Januari 2021.

“Semua pengawal keselamatan kini menjalankan kuarantin kendiri sehingga notis lanjut oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pekerja yang menjadi kontak rapat telah menjalani kuarantin rumah dan ujian saringan Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI