fbpx

Konvoi 36 kenderaan bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (tiga dari kanan) ketika melepaskan konvoi bantuan banjir Pahang tadi.

KUALA LUMPUR – Misi kemanusiaan bantuan banjir diteruskan lagi menerusi konvoi anjuran Yayasan Pelindung dan Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia ke Maran, Pahang hari ini.

Misi bantuan banjir itu turut mendapat kerjasama daripada komuniti peniaga-peniaga Aceh sekitar ibu negara yang menjadi antara penyumbang dana utama.

Menurut Timbalan Ketua Komuniti Peniaga Aceh Zon Ampang, Datuk Dr. Eko Indra Jaya, misi bantuan itu dijangka memanfaatkan kira-kira 400 keluarga terjejas sekitar Parlimen Maran.

“Kami juga telah mengenalpasti sebanyak 11 kawasan di mana peniaga-peniaga Aceh ada di situ dan menunggu kelulusan mereka bagi meneruskan misi itu.

“Mana-mana individu memerlukan bantuan juga boleh memaklumkan kami kerana ia sebahagian cara dalam membalas balik jasa rakyat Malaysia,” katanya pada majlis pelepasan penghantaran sumbangan bantuan banjir ke Maran, Pahang di sini.

Misi pelepasan konvoi itu disempurnakan Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib.

Turut hadir Presiden Yayasan Pelindung Dan Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia, Datuk Tun Isham Safiee. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI