fbpx

Kes Covid-19 dijangka kembali dua digit Mei depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham memberikan taklimat kepada media menerusi satu sesi taklimat khas secara maya hari ini.

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 dalam negara dijangka dapat diturunkan kepada dua angka menjelang 11 Mei depan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, tempoh dua minggu yang dilaksanakan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 13 Januari lalu bertujuan mengelak sebarang lonjakan kes.

Menurutnya, lanjutan tempoh dua minggu PKP sehingga 4 Februari depan dijangka menurunkan kes jangkitan sebelum penguatkuasaan itu disusuli pelaksanaan PKP Bersyarat.

“Sasaran KKM buat masa ini adalah untuk mencapai dua angka pada 11 Mei depan menerusi tempoh empat minggu pelaksanaan PKP disusuli dengan PKPB,” katanya pada taklimat media darurat Covid-19 secara maya hari ini.

Beliau berkata, kadar kebolehjangkitan, R-naught (R0) juga menurun iaitu daripada 1.2 kepada 1.06 hari ini.

“KKM berharap untuk terus menurunkan R0 daripada 1.06 kepada kurang daripada 1.0,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI