fbpx

Covid-19: Paid Tampin ditutup 10 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Susulan seorang kakitangan perempuan paid Tampin disahkan positif Covid-19 Sabtu lalu, pejabat berkenaan ditutup buat sementara waktu bermula hari ini hingga 3 Februari ini.

TAMPIN – Susulan seorang kakitangan perempuan Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Tampin disahkan positif Covid-19 Sabtu lalu, pejabat berkenaan ditutup buat sementara waktu bermula hari ini hingga 3 Februari ini.

Difahamkan, seramai 21 kontak rapat individu berkenaan terdiri daripada kakitangan pejabat telah diarahkan untuk menjalani ujian calitan.

Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd Zaidi Ramli, sebagai langkah awal, proses sanitasi telah dijalankan di pejabat berkenaan Ahad lalu.

“Walaupun operasi pejabat ditutup, kesemua kakitangan masih bekerja dari rumah dan kontak rapat pula menjalani ujian calitan.

“Malah, Paid Tampin juga masih menerima sebarang permohonan nikah, kahwin atau sebagainya melalui kaedah yang ditetapkan iaitu meletakkan borang di pejabat di dalam bekas yang disediakan,” katanya ketika dihubungi, dekat sini, tadi.

Zaidi berkata, pihaknya meminta orang ramai untuk tidak bimbang dan membuat sebarang andaian tidak wajar berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, pihak jabatan telahpun mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam mengelak penularan Covid-19.

“Setiap individu yang keluar masuk di pejabat perlu mendaftar nama terlebih dahulu ataupun mendaftarkan diri melalui aplikasi mySejahtera.

“Malah, perlaksanaan solat Jumaat di masjid juga mengikut SOP yang ditetapkan bagi mengelak penularan Covid-19,” ujarnya.

Sehubungan itu, individu yang ingin berurusan di Paid Tampin atau ingin membuat sebarang permohonan atau aduan boleh meletakkannya di dalam dua kotak yang disediakan di luar bangunan pejabat berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI