fbpx

JPJ Kelantan keluarkan 1,426 notis saman dalam Ops Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanif Yusabra (kanan) memeriksa surat kebenaran rentas daerah seorang pemandu kereta dalam Ops Covid-19 di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu baru-baru ini.

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan telah mengeluarkan sebanyak 1,426 notis saman dalam Ops Covid-19 sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini sejak 16 Januari lalu.

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,081 melibatkan pelbagai kesalahan dikesan menerusi operasi itu.

Menurutnya, sebanyak 321 kes kesalahan teknikal; lesen kenderaan motor dan insurans (179 kes), lebih muatan (178 kes); lesen memandu (155 kes); muatan bahaya (39 kes); lesen memandu tamat tempoh (12 kes); perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) (5 kes) dan lain-lain kesalahan 192 kes.

“Bagi tempoh itu juga, sebanyak 8,989 kenderaan diperiksa, manakala 774 buah kenderaan telah diperiksa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Ujarnya, Ops Covid -19 itu dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia ( PDRM) negeri ini, namun JPJ akan mengeluarkan notis kepada pengguna jalan raya mengikut kesalahan tertentu.

Katanya, operasi itu melibatkan di enam sekatan jalan raya (SJR), selain pemantauan di Terminal Bas Lembah Sireh di sini dan di Stesen Penguat Kuasa JPJ. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI