fbpx

Henti muat naik komen negatif kejadian kebakaran di IPD Timur Laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kebakaran di bangunan IPD Timur Laut pagi tadi.

GEORGE TOWN – Polis menggesa orang ramai menghentikan memuat naik komen atau andaian negatif berhubung kejadian kebakaran di aras empat sebuah bilik pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, terdapat pelbagai andaian atau komen berbaur negatif oleh netizen menerusi laman sosial Facebook yang kononnya kebakaran itu disengajakan bagi tujuan penghapusan bahan bukti.

Menurutnya, netizen mengandaikan kejadian tersebut berlaku bagi memberi ruang kepada pesalah agar terlepas daripada pendakwaan atau hukuman mahkamah.

“Sebaliknya, insiden kebakaran ini langsung tidak melibatkan sebarang kemusnahan dokumen-dokumen penting penyiasatan termasuk barang-barang kes serta tidak akan menjejaskan sama ada kes yang masih dalam siasatan ataupun kes dalam perbicaraan mahkamah.

“Isi kandungan dokumen-dokumen yang musnah dalam kebakaran tersebut juga telah dimuat naik dalam sistem maklumat Polis Diraja Malaysia sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru, beliau meminta orang ramai menghentikan komen-komen berbentuk andaian berkaitan insiden kebakaran tersebut yang boleh menimbulkan persepsi tidak sihat dalam kalangan masyarakat umum. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI