fbpx

Great Eastern Takaful tawar perlindungan insurans tiga bulan melalui Shopee 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Syarikat perlindungan insurans terkemuka, Great Eastern Takaful menawarkan dua rancangan perlindungan melalui platform e-dagang, Shopee sempena Tahun Baru Cina, bermula hari ini.

Dua rancangan perlindungan tersebut adalah EZ Shield dan HospeeFamily yang menawarkan perlindungan berharga RM27.50 dan RM40 untuk perlindungan kesihatan keluarga dalam tempoh tiga bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful, Shahrul Azlan Shahriman berkata, melalui EZ Shield, pelanggan dapat menikmati tiga bulan faedah yang merangkumi kematian, jumlah dan manfaat hilang upaya kekal sebanyak RM20,000, manfaat kematian akibat kemalangan (RM40,000) dan manfaat pendapatan (RM1,000).

“Menerusi pelan HospeeFamily pula, ia turut menawarkan tempoh perlindungan yang sama jika dimasukkan ke hospital sama ada sakit atau cedera sekaligus  memanfaatkan kematian akibat kemalangan semasa melakukan perjalanan sama ada secara peribadi atau awam.

“Manfaat ini diperluaskan kepada dua anggota keluarga terdekat jika dimasukkan ke hospital atau meninggal dunia akibat kemalangan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI