BRASILIA, Brazil – Satu kapal terbang yang membawa Presiden Palmas dan empat pemain kelab bola sepak Brazil berkenaan maut dalam satu nahas udara semalam.
Juruterbang kapal terbang itu turut terbunuh dalam kemalangan itu.
Kemalangan berlaku semasa pesawat berkenaan dijadualkan ke Goiania dari Tocantins tiba-tiba terjatuh selepas berlepas seketika dari landasan.
Satu kenyataan kelab bola sepak itu menamakan mereka yang terkorban sebagai presiden Lucas Meira dan empat pemain iaitu Lucas Praxedes, Guilherme Noe, Ranule dan Marcus Molinari. – AFP