fbpx

Empat parah terlibat nahas kenderaan berat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori dan treler yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 401 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) malam tadi.

PETALING JAYA – Seramai empat lelaki mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 401 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke arah Utara malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11.20 malam melibatkan sebuah treler, dua buah lori dan sebuah van keselamatan.

“Siasatan mendapati, kejadian berlaku ketika sebuah lori yang sedang dalam perjalanan menuju ke Perak dari arah Kuala Lumpur telah bertukar ke lorong kanan untuk memotong sebuah treler yang berada di hadapan.

“Bagaimanapun, sebuah lagi lori yang datang dari belakang telah gagal mengelak dan berlaku perlanggaran yang turut melibatkan treler berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Azman, susulan kemalangan itu, treler berkenaan yang berada di lorong kiri turut tidak sempat mengelak dan merempuh bahagian belakang sebuah van keselamatan yang sedang berhenti di lorong kecemasan.

“Kesemua pemandu yang berusia 30 hingga 56 tahun mengalami kecederaan parah susulan kemalangan tersebut dan dikejarkan ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dilakukan,” tegas beliau. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI