fbpx

Dua penjual air ketum dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bungkusan air ketum  yang dirampas dalam dua serbuan berasingan di Kulim pada semalam dan hari ini.

KULIM – Polis menahan dua lelaki serta merampas 272  bungkusan air  ketum dianggarkan bernilai RM2,720 dalam dua serbuan berasingan di sini pada semalam dan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim memberitahu, berdasarkan maklumat, anggotanya menyerbu sebuah rumah di Kampung Sidam Kanan, Padang Serai kira-kira pukul 3.50 petang, semalam.

“Dalam serbuan Ops Tapis itu, seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan bersama 55 bungkusan plastik lut sinar mengandungi cecair dipercayai air ketum,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, serbuan kedua dilakukan di sebuah rumah di Kampung Sungai Ular kira-kira pukul 1.30 tengah hari ini.

“Kita bertindak menahan seorang lelaki berusia 29 tahun dan merampas 217 bungkusan plastik dipercayai mengandungi air ketum,” ujarnya.

Menurut Azhar, dua lelaki terbabit didapati mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan yang sama.

“Dua suspek itu tidak serik melakukan kegiatan penjualan air ketum walaupun sudah tiga kali ditahan polis.

“Kita akan memohon agar pihak mahkamah memberi hukuman yang maksimum kepada suspek kerana telah beberapa kali melakukan kesalahan sama,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua suspek direman selama empat hari dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI