fbpx

Arkib simpan dokumen lama terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada arkib menyimpan dokumen lama yang terbakar.

GEORGE TOWN – Beberapa arkib simpanan dokumen lama musnah dalam kebakaran di sebuah bilik pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD TL) di sini pagi tadi.

Ketua Polis Negeri, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, pihaknya kini menunggu laporan berhubung punca kejadian berlaku daripada pihak bomba.

“Kebakaran yang berlaku mengakibatkan beberapa arkib simpanan dokumen lama terbakar.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan pihak bomba termasuk jumlah kerugian yang dialami,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Kebakaran bangunan pejabat kerajaan Kelas A itu berlaku pada pukul 7.45 pagi tadi dengan peratusan kebakaran 90 peratus melibatkan bilik di bahagian belakang manakala 40 peratus di bahagian hadapan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI