fbpx

Adik Neelofa, Ameera ‘belanja’ punggung, guna krim berharga ribuan ringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej Ameera Khan yang dikatakan menayang bentuk punggungnya menggunakan krim berharga ribuan ringgit.

PETALING JAYA – Adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas memuat naik sekeping foto memaparkan bentuk punggungnya dalam Instagram.

Perkongsian tersebut bertujuan memberitahu pengikutnya bahawa dia telah menggunakan sejenis produk penjagaan kulit berharga ribuan ringgit.

Menerusi entri yang dimuat naik sebentar tadi, Ameera atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan, 21, memaparkan bentuk punggungnya sambil menunjukkan sejenis produk pelembab jenama antarabangsa dengan kapsyen: “Melembabkan” dan diikuti dengan emoji berbentuk buah pic mewakili bentuk punggung.

Perkongsian tersebut tular dan menjadi bualan netizen yang menganggap tindakannya memuat naik gambar tersebut sebagai tidak senonoh dan memalukan.

“Tak rasa malu ke buat hantaran seperti ini?” kata salah seorang pengikutnya.

Seorang lagi pengguna Instagram turut meninggalkan komen bertanyakan, sama ada keluarganya menyukai perlakukan sebegitu.

Lebih mengejutkan, hasil carian netizen mendapati krim tersebut dijual pada harga RM1,024 dan dianggap terlalu mahal untuk disapu pada bahagian punggung.

Terdahulu, Ameera pernah mencetuskan kontroversi apabila tampil dengan gaya bercangkung sambil mengenakan busana serba ketat berwarna coklat muda seakan-akan sedang berbogel. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI