fbpx

95 hospital swasta sedia rawat pesakit Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 95 buah hospital swasta di negara ini menyatakan persetujuan untuk membantu hospital awam merawat pesakit Covid-19, setakat hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu adalah 73 peratus daripada 130 hospital swasta yang mempunyai kepakaran perubatan dalaman untuk merawat pesakit Covid-19 kategori 3, 4 dan 5.

“Kita masih menunggu enam lagi hospital swasta atau 20 peratus untuk merawat pesakit Covid-19,” katanya pada sesi taklimat media darurat Covid-19 secara maya hari ini.

Beliau berkata, libat urus yang melibatkan 95 buah hospital swasta itu akan membabitkan 1,286 katil, 65 katil di Unit Rawatan Rapi serta 54 alat bantuan pernafasan atau ventilator. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI