fbpx

SPM bagi calon 2020 perlu diteruskan elak tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon tahun 2020 tidak seharusnya ditangguhkan kerana akan memberi tekanan kepada pelajar yang sepatutnya telah menduduki peperiksaan tersebut tahun lalu.

Presiden Persatuan Kebajikan Pendidik Ummah Malaysia (Pendidik), Normala Sudirman sebaliknya berkata, peperiksaan itu harus diteruskan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Jelasnya, sebarang penangguhan hanya akan menjejaskan persiapan yang telah dibuat pelajar yang terlibat.

“Peperiksaan SPM untuk tahun ini tidak perlu dibatalkan sebaliknya diteruskan dengan langkah pencegahan, penguatkuasaan dan kewaspadaan yang ketat.

“Ini memandangkan calon SPM telah menunggu agak lama terutama yang tinggal di asrama atau di pusat pengajian tahfiz di seluruh negara atau yang mengambil peperiksaan sebagai calon persendirian.

“Kita perlu mengambil kira dari sudut emosi dan tekanan yang telah dilalui oleh pelajar, guru dan ibu bapa yang menunggu sejak tahun lalu bagi calon SPM tahun 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan beberapa pihak yang mahu peperiksaan SPM ditangguhkan lagi ekoran terdapat kebimbangan berhubung pandemik Covid-19 ketika ini.

Sesi persekolahan bagi pelajar yang menduduki peperiksaan awam bagi tahun 2020 disambung pada 20 Januari lalu.

Tambahnya, penangguhan SPM bagi tahun 2020 bukan sahaja akan memberi kesan kepada sistem dan jadual persekolahan, tetapi juga takwim kemasukan pelajar ke institut pengajian tinggi (IPT).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI