fbpx

Saya tidak perlukan ‘sugar daddy’ untuk berniaga – Syura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYURA

PETALING JAYA – Penyanyi Syura menafikan dakwaan kononnya perniagaan kosmetik yang diusahakan hasil daripada duit tajaan individu tertentu atau ‘sugar daddy’.

Syura turut meluahkan rasa terkilan dan mempertahankan dirinya bahawa perniagaan yang dijalankan adalah hasil titik peluh sendiri mencari rezeki dalam bidang hiburan selama ini.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Syura berkongsi mesej daripada seorang individu yang mempersoalkan sumber kewangan kononnya dia ditaja oleh ‘sugar daddy’.

Enggan berdiam diri, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan menganggap perkara itu sebagai fitnah semata-mata.

“Ya, saya sedar saya tak ada apa yang boleh dibanggakan, tapi alhamdullilah saya guna duit sendiri untuk buat bisnes kecil ini. Saya tak perlu pun sugar daddy untuk buat bisnes,” katanya.

Dalam pada itu, Syura turut menjelaskan bahawa dia memulakan perniagaan kecilnya dengan menggunakan wang simpanan sendiri.

“Saya pakai duit simpanan untuk buat semua ini. Kalau cik DM hanya untuk fitnah, terima kasih banyak-banyak,” ujar pelantun lagu Nazam Berkasih itu.

Syura turut mengakui, bidang seni tidak begitu menyebelahi dirinya, namun dia tidak akan sesekali mencari jalan yang tidak diberkati dalam mencari rezeki untuk menjana pendapatan harian.

“Saya sedar kedudukan saya dalam industri ini, tetapi sekurang-kurangnya saya berjuang untuk cari rezeki, bukan ambil cara mudah dapat duit dengan ‘sugar daddy’.

‘“Charmant (produk kosmetik) saya bina dengan hasil simpanan sepanjang saya cari rezeki dalam industri, saya masih bertatih dalam bidang perniagaan,” jelas selebriti berusia 34 tahun itu.

Syura meminta khalayak agar berhenti membuat fitnah kerana dakwaan seperti itu tidak menjadi ‘kudis’ buat dirinya dan memohon doa yang baik-baik untuk dirinya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI