fbpx

Kebal, Janna Nick tak hairan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA NICK

SEJAK pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki siri kedua 13 Januari lalu, bermacam isu hangat timbul menjadi perdebatan rakyat terutamanya isu kelas pembelajaran dalam talian dan operasi premis menjual makanan.

Sedang rakyat bergelut dengan hal membabitkan survival kehidupan seharian yang terkadang membuatkan orang malas ambil pusing terhadap perkara remeh lain, dunia hiburan tetap mencari ruang untuk mencelah.

Antara yang menjadi topik minggu ini adalah berkenaan pelakon Janna Nick apabila mencetus percikan sensasi menerusi sebuah video didukung teman lelakinya, Dini Schatzman.
Sejak video berkenaan dimuat naik dalam Instagramnya, rata-rata pengguna media sosial mula menyerbu ruangan komen dengan memberikan kata-kata teguran, namun yang banyaknya berupa kecaman.

Belum kahwin pun sudah main dukung-dukung, terlampau mengikut budaya Barat dan tidak ada rasa malu, itu antara siri komen ditinggalkan netizen terhadap gelagat Janna dan Dini yang disifatkan ‘bangga tayang perbuatan haram’.

BUKAN mempertahankan dirinya betul atau salah. Janna membidas semula kecaman-kecaman netizen terhadapnya dengan mendakwa, semua itu tidak mendatangkan kesan buat dirinya.

Kebal

Kebal dengan segala kecaman yang dilemparkan ke mukanya, pemilik nama lengkap Nurul Jannah Muner, 26, itu menganggap apa yang diterimanya tidak seteruk dugaan lain yang pernah dihadapi sebelum ini.

Pendek kata, alah bisa tegar biasa. Maksudnya mudah, Janna menganggap segala kecaman terhadapnya bagaikan angin lalu sahaja.

“Awak ingat saya kisah ke awak kecam-kecam saya. Setakat kecam dalam media sosial ini apalah sangat.

“Banyak lagi dugaan lebih teruk daripada kena kecam dengan ‘jin masuud’. Janna 1, netizen 0,” tulisnya dalam satu entri Instagram.

Berani dan tegas, demikian bunyi pendirian pelakon Misteri Mona itu semacam memberi maklum balas kecaman netizen yang bertubi-tubi singgah dalam ruangan video tersebut.

Sama seperti halnya dengan isu pelakon veteran Norlia Ghani yang dipersenda netizen apabila ada yang membandingkan dirinya dengan kecantikan aktres Kavita Sidhu baru-baru ini.

Jika Norlia berkata, semua ejekan netizen tidak mendatangkan kudis bagi dirinya, sama juga dengan Janna yang dilihat tidak lagi kisah dengan tohmahan si picisan pahlawan kekunci.

Cuma ketegasan Janna mempertahankan tindakannya tidak dipersetujui sesetengah pihak yang melabelkan dirinya seperti meludah ke langit, nanti muka sendiri yang basah.

KETERBUKAAN Janna tentang kemesraan dengan Dini mengundang kritikan peminat.

“Sebab kau tengah rasa diri berada di atas. Satu hari nanti, jangan terduduk sebab kata-kata sendiri,” tulis seorang pengguna.

Menjelaskan lanjut tentang kapsyen ditulisnya, pengacara program Melodi itu berkata: “Kau tegur elok-elok, lepas itu jangan paksa orang terima pendapat kau.

“Bukan masalah siapa di atas atau di bawah, nak berlagak buat apa. Kita ini manusia biasa dan sama-sama ada dosa.

“Kapsyen aku untuk netizen yang tak cukup gembira, lepas itu negatif tidak tentu pasal. Istilah kecam ini bukan untuk orang yang tegur elok-elok, kalau tegur elok kita panggil nasihat.”

Biar apa pun isunya, soal utama di sini semuanya tentang diri kita. Pandai atau tidak mengawal kandungan dalam media sosial untuk dipertontonkan kepada umum apatah lagi jika kita berstatus orang yang dikenali.

Benar, hidup ini ibarat roda yang sering berputar. Kita tidak tahu di mana kedudukan kita pada hari esok. Masihkah dijulang di atas, atau posisi sudah berputar 180 darjah.

Sejauh mana hubungan Janna dan Dini akan pergi sementelah dia sendiri pernah menulis tarikh misteri 2 Februari 2021 pada ruangan kapsyen sebuah foto yang membawa bayangan sesuatu istimewa akan berlaku, hanya mereka sahaja yang tahu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI