fbpx

Kasihan Wani, menari pun dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANI KAYRIE

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula tahun lalu, memang ramai dalam kalangan selebriti sudah semakin aktif dalam aplikasi TikTok.

Salah seorangnya ialah Wani Kayrie yang dilihat sering memuat naik video menari.

Namun, dalam keseronokan menari, ada netizen kurang gemar melihat aksinya yang dimuat naik Wani baru-baru ini.

Mereka berpendapat, lebih baik Wani beramal ibadah sepanjang tempoh PKP daripada asyik menari.

“Mungkin awak buat macam itu dipuji orang tetapi di mata Allah SWT? Saya tidak kata saya baik tetapi lebih baik awak habiskan masa PKP dengan amal ibadah,” tulis seorang netizen dalam ruangan komen.

Tidak lama kemudian, Diva terbaca komen balas Wani yang mengatakan amal ibadah yang dilakukannya bukan untuk menunjuk kepada umum.

“Biarlah ibadah itu secara ikhlas bukan niat menunjuk-nunjuk. Allah saja tahu ibadah hamba-Nya,” balas Wani.

Diva tidak mahulah cakap banyak. Tidak kisahlah hendak menari ke, tergolek ke, asalkan jaga maruah sebagai seorang wanita.

Lagi satu, nak menari boleh, tetapi tunjukkanlah tarian yang manis dan sedap tengok.

DIVA: Akhirnya kedai makan sudah boleh beroperasi sehingga pukul 10 malam. Sempatlah Diva beli makanan selepas pulang dari tempat kerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI