fbpx

Jerman beli ubat Covid-19 yang diguna oleh Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 19 Oktober 2020 menunjukkan Trump semasa berkempen di Tucson, Arizona. - AFP

BERLIN – Jerman akan menjadi negara Kesatuan Eropah (EU) pertama menggunakan rawatan antibodi yang membantu Donald Trump sembuh daripada Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Jens Spahn hari ini.

“Kerajaan membeli 200,000 dos ubat tersebut pada harga AS$486 juta (RMRM1.9 bilion),” katanya kepada akhbar Bild am Sonntag, atau bersamaan €2,000 (RM9,844) untuk setiap dos.

Ubat dikenali sebagai koktel antibodi monoclonal itu akan diserahkan kepada hospital-hospital di Jerman dalam tempoh beberapa minggu lagi.

“Jerman adalah negara  EU pertama  yang akan menggunakan ubat ini dalam perang melawan pandemik,” katanya.

Spahn tidak menyebut nama pengilang yang akan membekalkan ubat itu tetapi mengesahkan ia ubat sama yang diberikan kepada Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Donald Trump.

“Kombinasi ubat ini bertindak seperti vaksin pasif. Penggunaan antibodi ini di peringkat awal dapat mengelak penyakit tersebut daripada menjadi serius,” kata Spahn. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI