fbpx

Geng SMAHI bantu ahli terkesan PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUKARELAWAN kumpulan SMAHI memasukkan barangan ke dalam kotak untuk diserahkan kepada ahlinya yang terkesan ketika PKP 2.0.

PUTRAJAYA – Kumpulan Suami Masak Apa Hari Ini? (SMAHI) di Facebook yang terkenal dengan sikap prihatin terus memberi sumbangan untuk membantu ahli-ahlinya yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 kelmarin.

Terbaharu, kumpulan tersebut menganjurkan program #SMAHIcare berbentuk bantuan barangan keperluan harian.

Pengasas SMAHI, Mohd. Salleh Ab. Hamid atau dikenali sebagai Rodk berkata, idea itu tercetus selepas mendapati ada ahli yang kurang bernasib baik termasuk hilang pekerjaan dan berdepan kesempitan hidup.

“Atas semangat setiakawan dan persaudaraan, kami me­ngaktifkan bantuan sebagai inisiatif dan tanda prihatin kami yang mendapat kerjasama platform e-dagang Vettons dan syarikat penghantaran Citylink Express.

“Buat permulaan, kami menyediakan 20 kotak barangan setiap minggu bergantung kepada permohonan yang diterima daripada ahli SMAHI yang terkesan,” katanya kepada Kosmo! Ahad.

Tambahnya, adalah diha­rapkan sumbangan itu sedikit seba­nyak dapat meringankan masalah dan memberi keceriaan kepada ahli dan keluarga mereka.

Menurut Rodk, sebanyak 36 kotak bantuan telah dihantar kepada ahli-ahli yang memerlukan dan merancang untuk memperluaskan agihan kepada rumah-rumah anak yatim serta golongan asnaf.

“Setakat ini, sebanyak 106 permohonan telah diterima daripada ahli-ahli SMAHI,” katanya.

Kumpulan SMAHI diwujudkan sekitar April tahun lalu ketika pelaksanaan PKP 1.0 bertujuan memberi ruang kepada pengikutnya terutama para suami berkongsi masakan.

Setakat semalam, kumpulan yang ditadbir oleh empat orang itu telah mempunyai sebanyak 284,000 pengikut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI