fbpx

250 kompaun sepanjang PKP di SPU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorzainy (kanan) memberi angka giliran kepada pengunjung Pasar Awam Apollo Raja Uda, Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 250 kompaun dikeluarkan polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 13 Januari lalu sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, 200 daripada mereka yang dikompaun RM1,000 itu adalah warga tempatan, manakala 50 warga asing.

“Kesalahan utama adalah rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran selain tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) di premis perniagaan.

“Terdapat kesalahan tidak mengimbas aplikasi MySejahtera selain masih ada orang awam yang tidak memakai pelitup muka ketika di tempat sesak,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian semasa melakukan tinjauan di Pasar Awam Apollo Raja Uda, Butterworth di sini bersama wakil Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Polis Diraja Malaysia.

Sementara itu, Noorzainy berkata, pihaknya mendapati penganjur dan orang awam mematuhi SOP ketika berada di pasar berkenaan berbanding sebelum ini.

“Tinjauan di bahagian pasar basah mendapati peniaga dan pembeli mematuhi SOP yang lebih ketat.

“Bagaimanapun di kawasan medan selera, masih terdapat laluan (pintas) yang membolehkan orang ramai masuk tanpa mencatat nama atau mengimbas MySejahtera serta sedikit sesak,” katanya.

Terdahulu, pada minggu lalu, bahagian pasar hari di pasar itu diberi notis tutup selama seminggu oleh KKM selepas pengunjung dan pihak pengurusan gagal mematuhi SOP. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI