fbpx

Sekali lagi, Shuk curangi isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuk Sahar

PETALING JAYA – Pergolakan rumah tangga Shuk Sahar sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas isterinya mendedahkan kecurangan juruhebah Hot FM itu yang berkunjung di rumah wanita lain.

Pendedahan berani tersebut dikongsikan sendiri Rossalennah Natassiah Asshaferah menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik menerusi Intagramnya.

Dia mendedahkan Shuk masih menjalinkan hubungan dengan wanita sama sebelum ini.

“Selama ni aku diam, sabar dan bertahan. Diam demi menjaga aib suami. Tapi semakin lama diam mereka semakin menyakitkan hati.

“Satu sibuk mengejar bujang, yang bujang tak sedar diri buktikan dia tak bersalah dan tak ganggu rumah tangga orang,” tulisnya.

Tambah Rossalennah, dia juga bertindak menerjah ke rumah wanita terbabit untuk meminta suaminya pulang ke rumah, namun terpaksa beredar dengan perasaan hampa kerana wanita berkenaan mendakwa Shuk tiada di situ.

Tindakan dia menerjah itu juga dirakam dan dikongsi Rossa dalam sebuah rakaman video yang memaparkan seorang memberitahu Shuk tiada di rumahnya dan meminta dia membawa pulang sepasang kasut lelaki yang dipercayai milik Shuk.

“Allah SWT itu maha adil naluri isteri tak pernah salah. Aku dah merayu menangis depan pintu minta belas kasihan, kau usir aku.

“Kau campak kasut Shuk depan aku suruh bawa balik. Apa dosa aku sampai aku kamu buat macam ni dan terima kasih kerana dah tinggalkan aku dengan anak-anak.

“Aku dah bertahan sampai saat ini menutup segala cela yang buruk demi masa depan anak-anak. Malam ni perjalanan aku jauh sangat, orang lain tidur, aku berkeliaran cari laki aku dimana,” katanya lagi.

 

Shuk bersama isteri dan anak-anak.

Sementara itu, Rossalennah mendakwa dia kecewa apabila suaminya tidak bercakap benar demi mempertahankan hubungan bersama wanita lain.

“Kau setiap hari balik menipu aku, kau buat aku dan anak-anak macam tak ada perasaan. Aku dah melutut merayu dengan kau tolong balik pada kami, tapi apa kau buat malam ni?.

“Kaki kau pun aku dah cium minta ampun supaya kau balik dengan aku dan anak-anak, esoknya kau buat lagi dan tak ada rasa bersalah pun dalam diri kau, ” katanya.

Terdahulu, Shuk sebelum ini pernah dikaitkan bermain kayu tiga dengan wanita sama sekitar Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, pada waktu tersebut perlakuan curang Shuk sudah diketahui oleh isterinya dan Rossalennah dikatakan pernah berbincang secara baik dengan wanita terbabit.

Malah, Shuk juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana berlaku curang serta mendapat kemaafan daripada isterinya tahun lalu.

Difahamkan, wanita yang sedang menjalin hubungan Shuk itu pernah terlibat dalam kontroversi dipukul bekas kekasihnya iaitu penyanyi kumpulan Hyper Act, Kecik sekitar tahun 2017.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI