PETALING JAYA- ‘Hari Sabtu, 23 hari bulan Januari, saya ada di rumah’
Itu kata-kata diungkapkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi satu video berdurasi enam saat yang dimuat naik di laman Facebook rasminya sebentar tadi.
Menerusi video itu juga, Dr. Mahathir turut menulis status dengan mengatakan Alhamdulillah dan beliau berada dalam keadaan sihat.
Status yang dimuat naik itu sekali gus menolak dakwaan mengatakan bekas Perdana Menteri mengalami masalah kesihatan.
Petang tadi, Dr. Mahathir turut memuat naik gambarnya sedang membaca akhbar Utusan Malaysia di Insta Story miliknya. -K! ONLINE