fbpx

Sabah catat 307 kematian sejak penular Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan Covid-19, Datuk Masidi Manjun.

KOTA KINABALU – Sabah mencatatkan sebanyak 307 kematian sejak penular Covid-19 melanda negara.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri yang juga jurucakap rasmi Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, menerusi jumlah terbabit, 131 kematian yang dilaporkan adalah pesakit dari wad unit rawatan rapi (ICU), 54 melibatkan pesakit wad pengasingan atau unit kecemasan manakala baki 122 adalah kematian di luar hospital.

“Mengikut kategori umur merekodkan 66 kematian adalah dari kategori umur 51 sehingga 60 tahun, 46 orang membabitkan kategori umur 21 sehingga 50 tahun dan kategori umur kematian di bawah umur 20 tahun mencatatkan seramai tujuh orang.

“Selain itu, seramai 94 kes kematian dicatatkan bagi kategori umur 61 sehingga 70 tahun, 56 orang untuk kategori 71 sehingga 80 tahun, 32 orang untuk kategori umur 81 sehingga 90 tahun manakala seramai enam orang bagi kategori umur melebihi 91 tahun.

“Golongan mempunyai sejarah penyakit kronik seperti jantung, diabetes, paru-paru kronik dan penyakit buah pinggang ialah kebanyakan individu yang terkesan teruk akibat jangkitan Covid-19,” katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan Covid-19 secara maya malam tadi.

Terdahulu, Sabah mencatatkan sebanyak 453 kes positif Covid-19 baharu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 45,862 kes.

Sebanyak tiga kes kematian direkodkan semalam iaitu masing-masing satu kes di Kinabatangan, Sandakan dan Lahad Datu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI