fbpx

Pengguna jalan raya tumpaskan peragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dicekup orang ramai selepas meragut seorang wanita ketika menunggu giliran di SJR berdekatan Plaza Tol Gombak.

GOMBAK – Tindakan dua lelaki meragut beg dalam sebuah kereta berdekatan sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Gombak membawa padah apabila kedua-dua berjaya dicekup pengguna jalan raya semalam.

Video yang memaparkan kejadian itu telah tular di laman Facebook selepas dimuat naik oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Ahmad Ruzaini Rosdi semalam.

Menerusi klip video berdurasi berdurasi 37 saat itu, dua lelaki telah berjaya ditahan oleh pengguna jalan raya sebelum mereka memaklumkan kejadian kepada pihak polis.

Difahamkan sebelum kejadian kedua-dua suspek telah memecahkan cermin sebuah kereta dinaiki seorang wanita dan meragut beg yang berada di dalam kenderaan tersebut walaupun terdapat SJR kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Selepas berjaya meragut, suspek cuba melawan arus namun seorang pemandu treler pantas bertindak dengan membuka pintu untuk menghalang motosikal dinaiki suspek dan menyebabkan kedua-duanya terbabas.

Bagaimanapun, suspek cuba melarikan diri ke seberang jalan, namun tindakan pantas pengguna jalan raya yang kebetulan melihat kejadian itu akhirnya berjaya mengejar dan menahan kedua-duanya..

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, semakan mendapati terdapat laporan polis yang dibuat ke atas kedua-dua suspek melibatkan kawasan Sentul dan Brickfields pada hari kejadian (semalam).

Menurut Arifai, dengan tertangkapnya kedua-dua suspek ini, pihak polis telah berjaya menyelesaikan (4) kes jenayah yang berlaku di daerah Gombak dan di Kuala Lumpur setakat ini.

“Kedua-dua suspek kini direman selama lima hari bermula semalam dan kes di siasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,”ujarnya.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI