fbpx

Pemandu maut treler langgar Perodua Myvi sebelum terbabas dan terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemandu treler maut selepas terbabit dengan kemalangan dengan Perodua Myvi dalam kejadian di Kilometer 85 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah Selatan malam semalam.

KLUANG – Seorang pemandu lori treler maut selepas terbabit dengan kemalangan dengan Perodua Myvi dalam kejadian di Kilomter 85 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah Selatan malam semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8.46 malam itu, mangsa dikenali sebagai K. Krishnan, 66, maut akibat parah di anggota badan kerana tersepit di bawah lori.

Difahamkan, kedua-dua kenderaan dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru sebelum sebuah treler yang dipandu mangsa hilang kawalan dan merempuh belakang kereta Perodua Myvi.

Akibat pelanggaran itu, treler terbabas memasuki parit di bahu kiri jalan lalu terbalik dan mangsa terperangkap di dalam tempat pemandu kenderaan terbabit.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Khairul Nizam Aresat, sejurus menerima panggilan kecemasan, seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng dibantu BBP Ayer Hitam dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pemandu Perodua Myvi dikenali sebagai Muhamad Naim Muhamad Hata, 29, yang cedera dihantar ke hospital berdekatan dengan menggunakan jentera EMRS.

“Bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah lori dengan menggunakan peralatan khas dan dibantu sebuah kren orang awam.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan telah disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Pegawai Perubatan (KKM) dan seterusnya diserahkan kepada Polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Punca kemalangan masih lagi dalam siasatan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI