fbpx

Lelaki terjun Sungai Sembrong ditemui mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan SAR mengangkat mayat mangsa yang ditemui mati lemas di Sungai Sembrong, Batu 5 Jalan Mersing-Kluang, Kluang petang hari ini.

KLUANG – Seorang lelaki yang bertindak terjun ke dalam Sungai Sembrong di Batu 5, Jalan Mersing-Kluang di sini petang semalam ditemui mati lemas petang hari ini.

Mayat lelaki berusia 33 tahun itu ditemui kira-kira pukul 5 petang oleh sepasukan anggota mencari dan menyelamat (SAR).

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Law Hang Seng, mayat Muhammad Zaki Obid, 33, dijumpai kira-kira 150 dari tempatnya dilihat tenggelam.

“Pasukan SAR terdiri dari seorang pegawai dan sembilan anggota bomba bersama lima anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) berjaya menjumpai semula mangsa.

“Mayat mangsa telah disahkan oleh ibunya dan dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang untuk bedah siasat,”katanya.

Hang Seng berkata, operasi SAR yang bermula seawal pukul 8 pagi hari kedua hari inj ditamatkan pada pukul 5.20 petang.

Terdahulu, mangsa dipercayai melarikan diri akibat serbuan polis di sekitar kawasan Kilang Papan Kuang Shin Sdn. Bhd Jalan Mersing di sini sebelum bertindak terjun ke dalam singai berkenaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI