fbpx

Gajah Pigmy Borneo ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor gajah Pigmy Borneo ditemui mati serta mereput di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Imbak, Tongod Rabu lalu.

KOTA KINABALU – Seekor gajah Pigmy Borneo ditemui mati serta mereput di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Imbak, Tongod Rabu lalu.

Turut dijumpai kesan tembakan dan tetakkan pada bangkai gajah berkenaan

Bangkai gajah disyaki berusia antara lima sehingga tujuh tahun itu ditemui dengan beberapa anggota badannya terpisah antara satu sama yang lain dalam penemuan pukul 8 pagi itu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Agustine Tuuga berkata, gajah terbabit dipercayai sudah mati sekurang-kurangnya empat atau lima hari sebelum ditemui.

“Berdasarkan hasil bedah siasat, pihaknya percaya gajah berkenaan terkena tujuh tembakan dengan empat daripadanya di kepala.

“Selain itu, sebahagian besar kulit gajah itu juga telah disiat selain beberapa anggota badannya seperti kaki dan telinga ditemui kira-kira enam hingga 32 meter dari badan.

“Beberapa anggota badan termasuklah kepala dan gading ditemui kecuali belalai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Agustine menyatakan sukar mengenal pasti motif utama pembunuhan haiwan dilindungi berkenaan namun siasatan akan diteruskan.

“Ini adalah penemuan bangkai gajah ketiga setakat tahun ini dan ia adalah kali pertama kulit haiwan berkenaan disiat.

“Kita akan meneruskan siasatan lanjut dan setakat ini tiada sebarang tangkapan berjaya dilakukan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI