fbpx

FACR nafi rekod jaringan Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO meledak gol ke-760 dalam karier ketika membantu Juventus menjulang kejuaraan Piala Super Itali menewaskan Napoli kelmarin. – AFP

TURIN – Persekutuan Bola Sepak Republik Czech (FACR) mendakwa Cristiano Ronaldo masih belum memecahkan rekod jaringan terbanyak sepanjang zaman milik legenda negara ber­kenaan, Josef Bican.

Badan induk itu menjelaskan, rekod jaringan sebenar Bican ialah 821, bukan jumlah 759 se­perti dipintas Ronaldo yang kini sudah meledak 760 gol dalam kariernya ketika mewakili kelab dan negara sejak 2002.

Ronaldo, 35, mengumpul koleksi jaringan ke-760 dalam karier profesional selepas meledak satu gol membantu Juventus merangkul kejuaraan Piala Super Itali dengan menewaskan Napoli 2-0 pada aksi final kelmarin.

Justeru, FACR menegaskan, penyerang prolifik Juventus itu perlu menjaringkan 62 gol lagi untuk mencipta sejarah baharu sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman.

“Jawatankuasa Statistik dan Sejarah FACR telah menghitung semua gol yang dijaringkan le­genda Josef Bican. Oleh itu, kami mendapati beliau telah menja­ringkan keseluruhan 821 dalam perlawanan rasmi.

“Ia termasuk gol-gol dalam liga peringkat pertama dan ke­dua, piala domestik, Piala Eropah Tengah dan pemilihan skuad kebangsaan. Jaringan dalam aksi persahabatan tidak diambil kira kecuali mewakili skuad kebangsaan,” menurut kenyataan daripada FACR.

Sebagai rekod, bulan lalu ge­rgasi Brazil, Santos mendakwa kapten Barcelona, Lionel Messi masih belum memecahkan rekod jaringan terbanyak untuk satu kelab milik Pele kerana jumlah sebenar gol dijaringkan legenda itu 1,091 bukannya 643. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI