fbpx

Dua anggota polis cedera MPV dirempuh pemandu wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua anggota polis cedera selepas MPV dinaiki dilanggar sebuah Proton Wira di Bukit Mertajam hari ini.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Tiga termasuk dua anggota polis cedera selepas terlibat dalam kemelangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di simpang tiga berhampiran jejambat Jalan Nangka, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu berlaku ketika dua anggota polis tersebut yang menaiki kereta peronda polis (MPV) jenis Honda Civic dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di sini dari arah Sungai Rambai.

Menurutnya, MPV itu secara tiba-tiba dirempuh oleh sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu seorang wanita yang datang dari sebelah kanan jalan.

“Akibatnya, pemandu MPV tersebut luka pada kening dan dahi manakala seorang lagi anggota mengalami bengkak pada kepala.

“Pemandu Proton Waja terbabit yang berusia 44 tahun dan tidak bekerja itu pula mengalami kesakitan pada dada,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Shafee berkata, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Bukit Mertajam di sini untuk rawatan lanjut.

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI