fbpx

Doa yang baik-baik – Azwan Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azwan Ali

PETALING JAYA – Mengambil pendekatan mendiamkan diri selepas dipanggil Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung satu klip video memperlekehkan pengisytiharan darurat proklamasi oleh Yang di-Pertuan Agong, Azwan Ali akhirnya kembali ‘berkicau’ dalam iTwitter.

“Rindu bagai nak gila. Seminggu tak aktif. Sekarang bukan waktu berhibur. Muhasabah semua.

“Bertabah ya semua. Kita tiada pilihan. Doa yang baik-baik. Insya-Allah,” ciap Azwan atau nama lengkapnya, Mohamed Azwan Ali, 54, melalui Twitter.

Terdahulu, pengacara program Lagu Cinta Kita musim ke-2 itu dipanggil polis selepas Pengarah JSJ, Datuk Huzir Mohamed memaklumkan, klip video berdurasi 41 saat berhubung perkara berkenaan telah ditularkan dalam Facebook oleh pemilik akaun yang dikenali sebagai Zai Mikail pada 12 Januari lalu.

Menurut Huzir, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang telah memuat naik dan menularkan klip video tersebut.

Katanya, orang ramai digesa menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform tersebut sehingga boleh mendatangkan kegetaran awam serta menganggu gugat keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mengancam keselamatan dan ketenteraman awam,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI